RAMADHAN INI…
Sunday, September 24th, 2006Salam Ramadhan buat semua sahabat….Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati bulan yg penuh keberkatan ini…
Pagi ni bersahur bersama hubby n adik2 simple jer..sebelum aku bersahur, Nurin sibuk bersahur juge…so, bagi la dia sahur dulu…;) anak ummi ni, kalu time tak puase takdenye bangun nk susu tp buln puase ni, dia pun faham..
Pagi2 aku dkejutkan dengan berita kematian ‘Pak Long’.. Innalillah… sudah tiba ajalnya..berkat ! Ramadhan thn ini…Dia pergi buat selama-lamanya.. Pak Long, orang yang kukira sudah seperti bapa sedare ku sendiri..maklumlah kenal sejak aku berumur 4 thn lagi..ketika mula2 menjejak kn kaki di tanah UTM ni.. malah anak2nya pun dh mcm sedare sendiri…dari kecil hingga dewasa mmg banyak peristiwa yg mengaitkan keluargaku & keluarga pak long… sehingga kan pd hari pernikahanku, Pak Long & Mak Long bertindak sebagai wakil pihak lelaki memandangkan family sebelah hubby tak dpt dtg..So, antara keluarga kami mmg rapat… Mujurlah, Pak Long dikurniakan dgn anak2 lelaki yg ramai & sudah besar2 belaka…Maka urusan untuk mengurus jenazah agak mudah lah…Alhamdulillah.. Pak Long pergi dlm jam 7.30 pagi.. 24 September 2006 bersamaan 1 Ramadhan. Perginya kerana menanggung sakit strok yg dihadapinya..sebelum ni terlantar sakit lebih kurang 2 minggu. Ramai kenalan yang dtg untuk memberi penghormatan terakhir…Setelah solat Zuhur Pak Long disolatkan & dihantar pulang ke Kedah untuk dikebumikan di kampung halamannya.. Mujurlah dikurniakan ibu yang sihat & masih kuat. Selama terlantar sakit ibunya yang menjaganya…itulah kasih ibu..dari sejak dilahirkan hingga di saat akhir kematian, ibunya yang berada disisi nya…. Al-Fatihah, moga rohnya di tempatkan dengan golongan solihin…
Wassalam